Monday, January 17, 2011

Daging Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

Daging setengah kilo hiris nipis
1 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk halus). Kalau xnak pedas kurangkan jadi setengah sudu besar
2 ulas bawang putih dichopped
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Air

Optional: capsicum merah atau daun sup (nak bagi nampak menyelerakan je sebenarnya ehehe)

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan daging dan secawan air
Didikan dengan api perlahan supaya daging empuk
Bila dah empuk/air dah kering, masukkan lada hitam yang ditumbuk dan goreng rata
Masukkan secawan air yang bercampur tepung jagung
Kacau2 sehingga mendidih kemudian masukkan garam, kicap dan sos tiram
Sebelum angkat, masukkan capsicum dan daun sup dan goreng 30 saat
*kalau rasa xberapa nak hitam tu, boleh tambah lagi kicap

No comments:

Post a Comment